Jumaat, 19 Ogos 2011

Program Ihya Ramadhan- Majlis Berbuka Puasa Bersama BPTV, JPNS dan PPD Seremban.

Pada malam 18/08/11 telah berlangsung satu majlis yang penuh dengan kesyukuran dan dilingkari dengan suasana kemesraan telah berjaya dikelolakan oleh pihak Pengurusan Asrama iaitu Majlis Berbuka Puasa Bersama BPTV, JPNS dan PPD Seremban. Intipati tentetif program yang dimulakan seawal 6.30 ptg itu bermula dengan berbuka bersama kemudian diikuti dengan solat Magrib,Isyak dan Sunat Terawih berjamaah serta diakhiri dengan santapan juadah moreh. Program yang dilangsungkan dengan harapan dapat merapatkan jurang antara BPTV,JPNS,PPD bersama pihak sekolah telah tercapai matlamatnya..Tahniah kepada semua warden yang membantu menjayakan program ini termasuk Ustaz Zaim selaku Imam jemputan. 
 
Para pelajar sabar menunggu waktu berbuka 
 
 
Ketibaan Pengetua En. Rusli Sharkom dan Tetamu VVIP termasuk Wakil Pengarah JPNS dan YDP PIBG

 
 Barisan Guru Kanan Matapelajaran dan Ustaz Zaim

 Wakil dari Pihak Pengarah BPTV En. Zulkifli

Ucapan Alu-aluan daripada Pengerusi majlis En. Mohd Fairus
 Bacaan Doa dari wakil pelajar sebelum majlis berbuka bermula
Barisan Warden dan Kaunselor SMVAS

 
 Majlis berbuka puasa bermula..semua tetamu khusyuk menikmati hidangan yang disediakan antara menunya
Ikan Siakap 3 rasa, Daging Panggang campur Belimbing Masak Lemak, Ayam Goreng, tempe goreng masak sambal, Jelly kelapa, kueh mueh, buah-buahan dan ais krim.

 "Alhamdulillah" kata Tuan Pengetua...
" Ais krim tu simpan, lepas terawih nak makam lagi.." kata Cikgu Arifin

Kelihatan GKMP Cikgu Abu dan Wakil dari PPD Seremban menuju ke surau untuk solat berjamaah

 Sesi Bersalaman antara tetamu dan pelajar..

 Sampai tercicir sampingnya... antara telatah YDP PIBG En Azam

 
Antara aksi beramah mesra En Rusli dengan pelajar semasa Moreh..

Selasa, 2 Ogos 2011

LATIHAN LARIAN KEBAKARAN ASRAMA SIRI 1&2

Latihan Larian kebakaran telah dilaksanakan sebanyak dua siri untuk tahun 2011, Para penghuni diberikan bimbingan dan tunjukajar berkaitan kaedah-kaedah ketika menghadapi saat-saat kecemasan dan juga cara menanganinya.. antara gambar berkaitan program..