Ahad, 20 Februari 2011

Bengkel Mencipta dan Mengurus Blog

Perhatian kepada semua pelajar yang terlibat dengan Bengkel Mencipta dan Mengurus Blog anjuran Biro ICT Asrama dan Jawatankuasa ICT Sekolah Menengah Vokasional Ampangan, bengkel tersebut terpaksa ditunda kepada tarikh yang akan diberitahu kelak. Pihak penganjur memohon maaf atas kesulitan yang berlaku kerana server di Makmal IT (bawah) mengalami gangguan dan menyulitkan program. Harap maklum.

Sabtu, 19 Februari 2011

Pertandingan Keceriaan Dorm

Pada pagi Khamis lalu, para hakim yang terdiri dari guru-guru telah mengadili Pertandingan Keceriaan Dorm Asrama. Pertandingan ini yang bertujuan untuk mengiktiraf kerja gigih penghuni dalam menceriakan lagi dorm mereka. Setelah dibuat perhitungan, banyak peningkatan telah berlaku dari segi kebersihan dan keceriaan dorm di asrama sekarang. Pihak pengurusan asrama mengharapkan agar keadaan ini berkekalan. Kepada Dorm yang menang pada kali ini, pihak pengurusan asrama mengucapkan tahniah di atas kemenangan tersebut. Kenyang la makan hamper yang korang dapat. Besar juga hamper yang disediakan oleh Pn. Norazlina tu. Kepada yang lain pula, usaha lagi kerana pertandingan ini belum berakhir.


Antara gambar yang sempat dirakam di Aspura








Antara gambar yang sempat dirakam di Aspuri







Selasa, 15 Februari 2011

Takwim Sekolah


Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul

Pagi tadi telah berlangsungnya pertandingan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Asrama SMVAS. Program yang bertujuan untuk menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul tahun ini mengambil tema yang sama iaitu 1Malaysia 1Ummah. Program ini diseliakan oleh En. Adnan b. Aziz. 2 kategori dipertandingkan iaitu Aspura dan Aspuri yang menyediakan 3 hadiah bagi tempat pertama hingga tempat ketiga bagi setiap kategori. Perarakan bermula di surau sekolah dan telah berakhir di padang sambil membawa sepanduk dorm masing-masing.












Ahad, 13 Februari 2011

ALBUM

Sukaneka Antara Dorm

Pagi ini berlangsungnya sukaneka antara dorm di Asrama SMVAS. Program yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara sesama penghuni dan warden asrama. Program yang dijangka bermula pada pukul 8.00 pagi mempertandingkan acara-acara seperti baling belon, isi air dalam botol, susun tapak dan banyak lagi. Program ini juga diharap dapat membentuk kerjasama di antara ahli dorm dalam semua perkara untuk masa akan datang. Penyelaras bagi program ini ialah Pn. Norazlina Bt. Said.



















Sabtu, 12 Februari 2011

Pertandingan Koir

Petang semalam telah diadakan satu Pertandingan Koir Perinkat Asrama SMVAS. Program yang dijalankan oleh En. Fairus ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Semua dorm telah menghantar penyertaan masing-masing untuk merebut hadiah berupa hamper yang disediakan oleh penganjur. Antara juri-juri untuk mengadili pertandingan ini ialah En. Zulkifli Majid sebagai ketua juri, Pn. Soleha Bt. Mehat dan Pn. Norazlina Bt. Said.