Rabu, 30 Mac 2011

Anok Sapo la punya kerja ni!!!

Tengokla keadaan pili bomba yang dipatahkan. Dah xde kerja lain ke apa budak-budak ini. Pili bomba yang jadi mangsa. Kalau la ada kes macam tahun lepas, macamana la agaknye..





Ahad, 27 Mac 2011

Bengkel mencipta dan mengurus blog

Bengkel mencipta dan mengurus blog bagi pelajar perempuan telah diadakan pada 27/3/2011 di Makmal IT (Aras 2). Bengkel yang bermula pada pukul 10.00 pagi tadi disertai oleh 10 orang pelajar yang terawal mendaftarkan nama. Program yang sepatutnya dijalankan pada sebelum cuti penggal ini ditunda ke hari ini di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar yang terlibat.








Pertandingan Galah Panjang

Pagi tadi berlangsungnya pertandingan galah panjang peringkat asrama. 2 kategori dipertandingkan iaitu aspura dan aspuri. Setiap dorm di wakili oleh 10 orang peserta. Markah yang diberi berdasarkan peraturan yang telah diedarkan. Program ini bertujuan untuk membawa mesej bahawa pentingnya riadah kepada kesihatan diri mereka dan dalam masa yang sama dapat menghidupkan kembali permainan tradisional masa dahulukala  sebelum keluarnya permainan-permainan moden sekarang ini. Pemenang bagi kategori Aspura, tempat pertama dirangkul oleh Dorm A5, tempat kedua ialah Dorm B1, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Dorm A3. Bagi kategori Aspuri pula, tempat pertama disandang oleh Dorm C4, tempat kedua Dorm D1 dan tempat ketiga ialah Dorm D4.











Sabtu, 26 Mac 2011

Bengkel mencipta dan menguruskan blog

Bengkel mencipta dan menguruskan blog telah dijalankan pada 26/3/2010 bertempat di Makmal IT aras 2. Bengkel yang bermula pada jam 8.00 malam dihadiri oleh 10 orang pelajar lelaki yang berminat dan terawal mendaftarkan nama. Program ini dianjurkan oleh Biro ICT asrama dengan kerjasama Unit ICT SMVAS. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Zaharuddin. Semoga program ini dapat menyemarakkan lagi penggunaan IT di sekolah. Bagi pelajar perempuan pula akan diadakan pada hari Ahad, 27/3/2011 jam 10.00 pagi di tempat yang sama.









Selasa, 15 Mac 2011


Siapa sangka!!.... Pada 15 Febuari 2011 yang lalu, Pihak pengurusan asrama smvas telah menghantar 35 org pelajar untuk menyertai perarakan sempena hari 'Maulidur Rasul', penyertaan yang pada mulanya sekadar untuk bersama-sama  menjayakan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus itu akhirnya telah mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada pihak Kerajaan Negeri. Pihak berkenaan juga telah menyertakan sijil penghargaan dan juga wang tunai sebanyak RM 250 kepada deligasi Asrama SMVAS kerana terpilih sebagai pasukan yang sentiasa menberikan komitmen penuh semasa majlis berlangsung. Tahniah diucapkan.






                                                                                           

Jumaat, 11 Mac 2011

Cuti Penggal Pertama

Selamat Bercuti kepada semua penghuni asrama..

Majlis Sambutan Ulang Tahun Pelajar Asrama

Malam tadi telah di adakan satu majlis bagi menyambut ulang tahun pelajar-pelajar asrama yang lahir pada bulan Januari dan Febuari. Majlis yang bermula dengan solat Maghrib berjemaah di surau Ibnu Sina di hadiri oleh semua warden dan GPK HEM, Tn. Hj. Yacob. Solat di imamkan oleh Ustaz Za'im. Majlis bacaan Yasin diadakan selepas solat Maghrib disusuli tahlil. Selepas solat Isyak, semua penghuni asrama dan para jemputan bergerak ke dewan makan. Majlis diteruskan dengan sesi potong kek, makan-makan dan persembahan pelajar. Selepas itu, semua penghuni asrama bergerak ke gelanggang bola tampar untuk meneruskan majlis. Sesi persembahan pelajar diteruskan dengan berkaraoke. Ustaz Za'im turut mempersembahkan 2 buah lagu untuk pelajar.