Rabu, 27 April 2011

PENGUMUMAN

Kepada semua rakan-rakan warden yang masih belum menghantar laporan aktiviti masing-masing, sila berbuat demikian sebelum 30 April 2011 untuk tujuan pendokumentasian. Bagi aktiviti yang masih belum dijalankan, harap dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan secepat mungkin untuk mengelakkan pertindihan aktiviti. 

Sekian harap maklum. 

Terima kasih.

Majlis Tilawah Quran

Malam tadi, pelajar asrama SMVAS dijemput untuk menghadiri Perasmian Majlis Tilawah Quran Peringkat Negeri Sembilan di Pusat Dakwah, Paroi. Seramai 25 orang pelajar di bawa diiringi oleh En. Norhisham dan En. Zaharuddin. Pelajar bertolak dari sekolah pada pukul 7.50 malam. Majlis bersurai pada pukul 10.30 malam selepas jamuan makan.

Ahad, 24 April 2011

Majlis Sambutan Hari Lahir ke 2

Majlis Sambutan Hari Lahir kali ke-2 telah diadakan pada pada hari Ahad, 24 April 2011 iaitu pada hari ini. Majlis yang bermula pada pukul 2.00 petang tadi meraikan penghuni asrama yang lahir pada bulan Mac dan April termasuk Cik Radiah yang menyambut ulang tahun pada esok hari. Upacara pemotongan kek dilakukan beramai-ramai oleh mereka yang menyabutnya. Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar dan satu acara baru iaitu cabutan bom. Pada majlis yang sama telah disampaikan hadiah untuk dorm yang menang dalam pertandingan keceriaan dorm yang lepas.





Sabtu, 23 April 2011

Pertandingan diteruskan

Petang tadi telah dilangsungkan pertandingan badminton peringkat asrama. Setiap dorm telah menghantar 2 pasukan beregu sebagai wakil dorm masing-masing. Pusingan awal bagi Aspura dan Aspuri telah dimulakan pada petang tadi. Pertandingan akan diteruskan pada esok hari sehingga penentuan Johan kategori Aspura dan Aspuri. AJK yang bertugas mengelola pertandingan terdiri daripada AJK asrama. 


Pertandingan keceriaan dorm bulan April

Pemarkahan pertandingan keceriaan dorm telah diadakan pada hari Khamis. Para juri yang di jemput dari kalangan guru-guru sekolah yang tidak terlibat dengan pengurusan asrama. Para juri telah memilih Dorm D1 sebagai Johan bagi Aspuri dan Dorm A7 sebagai Johan bagi Aspura. Pihak pengurusan asrama mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua juri yang terlibat.

Jumaat, 15 April 2011

Tahniah

Pihak pengurusan asrama mengucapkan tahniah kepada warden dan bekas warden asrama yang mendapat anugerah pengurusan asrama dalam Majlis Anugerah Kualiti 2011 yang berlangsung pada pagi tadi. Mereka yang mendapat anugerah ialah Pn. Norazlina bt Said bagi Biro Kecerian dan Kebersihan Asrama, Pn. Roslina bt Mahmud untuk Biro Kerohanian dan En. Mohd Fairus b Johari untuk Biro Disiplin.  Anugerah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Nordin b Mahmud, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Kejurulatihan, BPTV.

Berikut ialah senarai penuh penerima anugerah..http://2020-emanager.blogspot.com/2011/04/senarai-penuh-penerima-anugerah-kualiti.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogPengetuaSmvAmpangan+%28BLOG+PENGETUA+SMV+AMPANGAN%29

Ahad, 10 April 2011

Pemeriksaan Asrama




Malam tadi telah diadakan pemeriksaan secara mengejut di asrama pada pukul 1.00 pagi. Seramai 4 pelajar di tangkap kerana masih merayau dan bermain gitar. 2 daripada mereka pernah ditangkap kerana menyusup keluar daripada dari kawasan asrama pada waktu malam (fly). Pemeriksaan yang dirancang oleh GPK HEM dihadiri oleh semua warden lelaki. Pemeriksaan dijalankan di dorm yang terpilih secara rambang. Semua barang larangan yang dijumpai di rampas dan kesalahan pelajar di rekodkan di dalam buku rekod kesalahan asrama.

Jumaat, 8 April 2011

Couple Islamik



Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu…Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. “COUPLE ISLAMIC”. Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, “Have you married?”. “No.”, jawab Safura. “So, why you sit together with this ajnabi alone here”, tanya Muhammad. “Kami couple, tapi Islamic way” jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

“Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang
ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas…
source: facebook.com

Khamis, 7 April 2011

Majlis jamuan perpisahan

Malam ini telah diadakan satu majlis jamuan perpisahan bekas warden asrama SMVAS iaitu En. Razak dan Pn. Roslina. Mereka telah lama berkhidmat sebagai warden asrama di sekolah ini. En. Razak dan Pn. Roslina telah memohon untuk berhenti menjadi warden pada awal bulan ini. Pihak asrama mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana telah mencurahkan khidmat selama ini. Majlis jamuan dimeriahkan lagi dengan persembahan pelajar nasyid sekolah dan kumpulan gurindam. Tetapi kedua-dua tetamu yang diraikan pada malam ini tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen yang lain. Ustaz Zaim mewakili En. Razak dan Pn. Soleha pula mewakili Pn. Roslina untuk menerima sedikit cenderahati dari pihak asrama.