Sabtu, 28 Mei 2011
Isnin, 16 Mei 2011
Pemeriksaan Asrama
| |
Satu siri pemeriksaan asrama telah dilakukan pada 12/5/2011 yang lalu dengan kerjasama warden asrama, GPK HEM dan guru-guru disiplin. Ini adalah kali pertama pihak asrama bergabung dengan unit disiplin sekolah untuk mengadakan pemeriksaan asrama pada tahun ini. Kerjasama ini memberi kekuatan kepada pihak asrama dari segi tenaga kerja kerana tidak mampu mengadakan pemeriksaan pada skala besar tanpa bantuan tersebut. Dalam pemeriksaan tersebut yang dilakukan di Aspura blok B, beberapa peralatan larangan dirampas dan direkodkan di dalam buku kesalahan.
Lambaian Kaabah
Pada 11 Mei 2011, Program yang dikenali sebagai Lambaian aabah telah diadakan untuk semua pelajar tingkatan 4. Program ini adalah kerjasama antara Biro Kerohanian Asrama dan Panitia Pendidikan Islam di bawah seliaan Cik Radiah dan Ustaz Zailani sebagai Penyelaras dibantu oleh warden-warden asrama, guru-guru Panitia pendidikan Islam dan guru bengkel. Penceramah ialah Ustaz Muslal dabantu oleh pegawai dari Tabung Haji.
Program dimulakan dengan ceramah dan penerangan tentang rukun haji. Selepas itu pelajar dibawa ke bawa ke padang untuk praktikal.
Di akhir program diadakan sesi soal jawab. Pelajar yang dapat menjawab soalan yang dikemukan diberi hadiah yang ditaja oleh pihak Tabung Haji.
Ahad, 8 Mei 2011
Memenuhi Jemputan
Pagi tadi, seramai 32 orang penghuni asrama menghadiri Program Sihat Untuk Semua yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam dan Khairat Kematian Taman Bukti. Mereka di iringi oleh Cik Radiah binti Taip menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur. Pelbagai acara yang diadakan termasuk sukaneka, smart golf, peraduan mewarna, periksa kesihatan percuma dan lain lagi. Kehadiran penghuni asrama SMVAS adalah memenuhi jemputan pihak penganjur bagi memeriahkan lagi program yang diadakan. Dengan cara begini, dapat mendedahkan dan memupuk pergaulan sihat antara penghuni asrama dengan masyarakat setempat.
Sabtu, 7 Mei 2011
Mesyuarat Kali ke-5
Malam tadi telaah diadakan Mesyuarat pengurusan asrama kali ke-5. Mesyuarat yang diadakan setiap bulan membincangkan perjalanan program-program asrama, keadaan semasa di asrama dan perancangan seterusnya. Perkara yang menjadi keutamaan ialah kebersihan di asrama, disiplin dan perlaksanaan program.
Langgan:
Catatan (Atom)