Jumaat, 24 Jun 2011

Suasana Hari Terbuka...



 Alhamdulillah.. akhirnya Hari Terbuka Asrama telah dilaksanakan dengan jayanya hasil dari kerjasama semua Warden dan juga Pengawas asrama.. walaupun ada aktiviti yang tak sempat nak dihabiskan kerana kesuntukan masa, Sekalung Tahniah kerana berjaya merealisasikannya..  Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak langsung... Terima kasih juga diucapkan kepada semua tetamu VVIP, Timbalan Pengarah dari BPPTV, Pihak Pentadbir SMVAS, Ibubapa pelajar dan tidak ketinggalan ada juga beberapa Bekas Pelajar yang sudi hadir untuk sama-sama megimbau kembali kenangan semasa di Asrama.. Terima Kasih.. 

Dilampirkan sedikit gambar untuk tatapan suasana semasa...


Kelihatan penjaga mula memasuki persekitaran asrama

 Warden En. Rahmat sedang melayan ibubapa..

 
Tak ketinggalan.. ada yang singgah seketika membeli air untuk basahkan tekak..

Antara gelagat yang kelihatan:
 
En Norhisham melayan pelajar yang ingin menggambil keputusan peperiksaan..
 
 Tak cukup bersemuka... melalui telefon pun ada penjaga yang ingin mengetahui keadaan anaknya di asrama


KEHADIRAN PENOLONG PENGARAH BPTV DAN PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH

 Ketibaan Tuan Pengetua..
Segak bergaya...semua tetamu
 
 Pengetua pun buka kasut... menghargai kebersihan..

GELAGAT PENJAGA
 
menilai dorm anaknya...
Hadiah yang bakal dimenangi...

Khamis, 23 Jun 2011

Di Buka Khas untuk anda semua....Jemputlah Berkunjung ke kediaman Kami..


Khas untut anda semua... Jemputlah beramai -ramai memeriahkan program hari terbuka asrama yang akan diadakan pada 24/6/2011 masa 9.00 pagi ( diawalkan) bertempat diperkarangan Asrama SMV Ampangan. Program ini dijalankan bersama program Titian Emas dan juga hari Kantin serentak .Pelbagai acara dan program menarik yang telah di rancang.. ada pameran, ada gerai jualan, tuju lagu, lawatan dorm dan juga acara sukan.. semuanya untuk anda...

Isnin, 20 Jun 2011

Percubaan Exco Asrama Ting 4 sesi 2011/2012

 
salam...

Selepas temuduga pemilihan Exco Asrama sesi 2011/2012 dijalankan seramai 12 orang pelajar Aspura dan 12 orang pelajar Aspuri telah melayakkan diri untuk temuduga tersebut ... mereka juga telah mula menjalankan tugas-tugas di asrama bermula hari isnin yang lalu... seramai 10 orang telah terpilih untuk mengikuti Kursus Kepimpinan Pengawas Asrama SMT/V zon Melaka & N. Sembilan yang diadakan di SMT Melaka Tengah..mereka juga telah diiring oleh guru bimbingan Pengawas Asrama iaitu En. Mohd Fairus Bin Johari selama 3 hari 2 malam...

P/S : SEMOGA DENGAN KURSUS YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA BAKAL-BAKAL EXCO SESI 2011/2012 DAPAT MEMANTAPKAN LAGI KEPIMPINAN DI ASRAMA...

SELAMAT BERPINDAH DIUCAPKAN..

Bermula penggal persekolahan yang baru di buka baru-baru ini, kita kehilangan seorang warden SMVAS yang berwibawa iaitu En Zaharudin b Ismail. Beliau telah berpindah ke SMT Matang di Sarawak. Beliau memulakan tugas barunya di sana bermula 1/6/2011. Selamat Berpindah kami dari Warga Asrama SMVAS ucapkan, Jasa-jasa yang ditaburkan semasa menjaga dan mendidik pelajar di asrama tidak akan kami lupakan..
Semoga En. Zaharudin akan berbahagia di tempat baru nanti bersama Isteri tercinta....
Terima kasih diucapkan..